• Perutusan Pengarah

          • PERUTUSAN PENGARAH

          •  

            Salam Sejahtera dan Salam satu Malaysia,

            Dengan penuh rasa syukur pada Allah SWT dan saya ingin merakamkan jutaan terima kasih dan sekalung penghargaan kepada para pensyarah dan AKP di Kolej Vokasional Tawau ini.

                        Kekuatan Kolej Vokasional Tawau disokong oleh barisan para pensyarah yang berkelayakan dan berdedikasi untuk memastikan para pelajar mampu untuk menjadi tenaga kerja yang mahir dan profesional. Para pensyarah di Kolej Vokasional Tawau ini merupakan mereka yang telah terpilih dan mempunyai kemahiran dalam pelbagai aspek, samaada akademik, kemahiran bengkel dan kokurikulum. Keterlibatan para penyarah dalam pelbagai aktiviti yang telah dan akan dijalankan merupakan satu bukti kukuh bahawa mereka mampu menggalas tugas dengan baik dan penuh komitmen.

                        Terdapat 13 program yang ditawarkan di Kolej Vokasional Tawau, iaitu Teknologi Kimpalan, Teknologi Pembinaan, Teknologi Pemesinan Industri, Teknologi Automotif, Teknologi Elektrik, Teknologi Elektronik, Perakaunan, Sistem Komputer & Rangkaian, Seni Kulinari, Bakeri dan Pastri, Asuhan Kanak-Kanak, Fesyen dan Pembuatan dan Kosmetologi.

                       Kepada para pelajar yang telah menjadi warga Kolej Vokasional Tawau, tahniah saya ucapkan kerana anda merupakan insan terpilih antara mereka yang telah memohon untuk belajar di kolej ini. Rebutlah peluang yang ada dan timbahlah ilmu sebanyak mungkin agar anda keluar kelak akan menjadi insan yang dicari untuk mengisi kekosongan dalam pelbagai industri di Malaysia dan mungkin juga luar negara.

                        Harapan saya, semoga Kolej Vokasional Tawau dapat menjadi pilihan utama para pelajar untuk meneruskan pelajaran mereka dan seterusnya mampu mencetus fenomena dalam lapangan industri di Malaysia.

             

            GAZALI SHAH

            Pengarah Kolej Vokaisonal Tawau