• Pengenalan KVT

    • Sejarah Penubuhan Kolej Sehingga Sekarang

        • 15 April 1981
          • Tahun 80-an

            Tahun 80-an

            Beroperasi sepenuhnya dengan motto “ Kemahiran Perintis Masa Depan” pada 15 April 1981, SM Vokasional Tawau pada masa itu hanya mempunyai 13 orang guru dan 50 orang pelajar. Pengetua pertama ialah Encik James Liew Yuk Hin. Ketika itu hanya tujuh buah kursus yang ditawarkan dalam aliran vokasional, iaitu Elektronik, Elektrik, Binaan Bangunan, Automotif, Kimpalan Fabrikasi Logam, Perdagangan dan Amalan Bengkel Mesin dan satu kursus aliran Ekonomi Rumahtangga iaitu Katering.

        • 8 Januari 1997
          • Tahun 90-an

            Tahun 90-an

            Pihak Jabatan Pendidikan Teknikal telah memaklumkan pembaharuan nama sekolah dari Sekolah Menegah Vokasional kepada Sekolah Menengah Teknik tawau secara hakiki.

                        Motto Sekolah Menengah Teknik Tawau telah diubah  kepada “Kesepaduan Imu Teras Kecemerlangan” selaras dengan nama dan logo baru pada tahun 1997. Aliran teknikal, iaitu Pengajian Kejuruteraan Awam, Mekanikal dan Elektrik telah diwujudkan bersama- sama kursus Ekonomi Rumahtangga yang baru seperti Seni Kecantikan, Bakeri, Rekaan Fesyen dan asuhan Kanak-Kanak. Sijil Kemahiran Malaysia juga ditawarkan pada ketika itu. Bilangan pelajar turut bertambah kepada 564 orang, guru bertambah kepada 67 orang dan staf sokongan kepada 20 orang. Bagi meningkatkan lagi kualiti pendidikan, Sijil Pelajaran Vokasional Malaysia (SPMV) telah ditukar kepada Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Pada awal Julai 1999, pejabat penradbiran pelajar asrama lelaki dan kelas kejuruteraan bagi pelajar alirann teknik telah dipindahkan ke bangunan baru. Pada tahun 2003, kurus Pengaturcaraan Komputer telah diperkenalkan.

          • Tahun 2000-an

            Tahun 2000-an

            Perubahan yang besar berlaku kepada Sekolah Menengah Teknik Tawau semasa berada di bawah kepimpinan pengetua/ pemangku pengetua yang ke 12, iaitu Puan mary Yap Kain Ching yang sekarang sudah bergelar Datuk juga merupakan bekas Timbalan Menteri Pendidikan 1. Di bawah pentadbiran beliau dan hasil usaha yang begitu gigih dalam kalangan warga sekolah, sekolah mula menjadi sebutan di peringkat Daerah Tawau apabila Berjaya memperoleh keputusan 100% dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi aliran Teknikal selama tujuh tahun berturut-turut (1998-2004) dan juga aliran Vokasional pada tahun 2001 hingga 2004.

                        Dengan visi “Menjadi Sekolah Menengah Teknik Yang Sentiasa di hadapan” dan slogan “Yes, we can do it” , kejayaan demi kejayaan dicapai. Kejayaan dan penghormatan tertinggi yang telagh dicapai  Sekolah Menengah Teknik Tawau ialah Anugerah Kualiti Yang berhormat Menteri Pendidikan (dalam pengurusan sekolah) tahun 2001, Anugerah Pengurusan kEwangan Terbaik tahun 2000 selepas pengiktirafan  sekolah bertaraf enam bintang oleh Yang berbahagia Dr Ahmad Sipon, Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan  Malaysia dan Anugerah Sekolah Kecemerlangan Kluster pada 30 mac 2007.

        • 1.1.2012
          • Tahun 2010-an

            Tahun 2010-an

            Sekolah Menengah Teknik Tawau sekali lagi bertukar  nama menjadi Seolah Menengah Vokasional Tawau. Di bawah pengurusan pengetua Encik Johan bin Haji Okasa, kecemerlangann sekolah diteruskan dan Berjaya memperoleh Sijil Pengiktirafan Amalan Persekitaran Berkualiti 5S daripada Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) pada 05 April 2012.

                        Kini, melalui penjenamaan baharu menerusi Transformasi Pendidikan Vokasional, Sekolah Menegah Vokasional Tawau telah dinaik taraf menjadi Kolej Vokasional tawau. Semua 13 program yang sebelum ini ditawarkan telah diteruskan dengan jenama baharu. Kursus Elektrik (Teknologi Elektrik), kursus Elektronik (Teknologi Elektronik), kursus Amalan Bengkel Mesin (Pemesinan Industri), kursus Kimpalan Fabrikasi Logan (Teknologi Kimpalan), kuesus Automotif (Teknologi Automitif), kursus Binaan Bangunan (Teknologi Pembinaan), kursus Katering (Seni Kulinari), kursusu Bakeri ( Bakeri dan Pastri), kursus Rekaan Fesyen (Fesyen dan Pembuatan Pakaian), kursus Asuhan Kanak-Kanak (Perkhidmatan asuhan Kanak-Kanak), kursus Seni Kecantikan (Kosmetologi), kursus Pengurusan Perniagaan (Perakaunan), kursus Pengaturcaraan Komputer (Sistem Komputer dan Rangkaian) dan kursus SKM akan digantikan dengan Proggram Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN).

                        Dengan motto baharu “Mahir, Trampil, Unggul”, Kolej Vokasional tawau akan terus mengorak langkah untuk menggamit kejayaan melalui kerjasama dan usaha yang berterusan dari semua warga kolej.