• TEKNOLOGI MAKLUMAT (RANGKAIAN KOMPUTER)

          • MATLAMAT PROGRAM

          • Matlamat Program ialah satu penyataan menyeluruh tentang tujuan, falsafah dan rasional dalam penawaran sesuatu program. Objektif Program pula merupakan penyataan-penyataan tentang apa yang harus dipelajari oleh seseorang pelajar untuk mencapai matlamat program. Manakala program pula merupakan susunan modul yang di struktur untuk satu tempoh tertentu dan peringkat pembelajaran, bertujuan mencapai hasil pembelajaran yang telah ditentukan dan yang lazimnya menjurus kepada penganugerahan satu kelayakan. Oleh itu, struktur program KV bagi kursus teras merangkumi 70 peratus kemahiran dan 30 peratus teori yang bertujuan melahirkan graduan berteknologi.

            Matlamat program Diploma KV adalah untuk melahirkan tenaga kerja berkemahiran tinggi dan berteknologi dalam pelbagai bidang yang bersedia menyertai pasaran kerja, usahawan yang berdaya saing dan mampu melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.

        • OBJEKTIF PENDIDIKAN PROGRAM (PEO)

        • Pembentukan PEO untuk setiap program adalah berdasarkan kepada visi dan misi KV KPM. Semua PEO direka bentuk untuk memenuhi keperluan dan harapan pihak-pihak kepentingan (stakeholder). Pemetaan antara PEO dengan visi, misi dengan keperluan stakeholder ditunjukkan dalam Rajah 4. Semua PEO akan menggambarkan pencapaian pelajar yang dijangkakan. Pencapaian PEO akan mengenal pasti pencapaian visi dan misi kolej yang telah ditetapkan.

           

          Programme Educational Objective (PEO) bermaksud satu set penyataan yang menerangkan hasil pendidikan yang perlu dicapai oleh setiap pelajar dalam sesebuah program akademik setelah berada di alam pekerjaan selama antara 3-5 tahun.

          Pembentukan Objektif Pendidikan Program

           

          PEO Program Teknologi Maklumat Kolej Vokasional Tawau:

          1. Graduan mempamerkan pengetahuan, pemahaman dan kemahiran kognitif dalam bidang Teknologi Maklumat;
          2. Graduan menunjukkan kecakapan kerja dalam bidang Teknologi Maklumat;
          3. Graduan menunjukkan kemahiran personal dan kemahiran keusahawanan dalam bidang Teknologi Maklumat;
          4. Graduan mempamerkan etika dan profesionalisme, kepimpinan, autonomi dan tanggungjawab dalam bidang Teknologi Maklumat.
           
           
        • HASIL PEMBELAJARAN PROGRAM (PLO)

        • Setelah PEO disediakan, PLO perlu dirangka sejajar dengan PEO. PLO mestilah dinyatakan secara eksplisit merangkumi pengetahuan, kemahiran dan sikap yang perlu dicapai oleh graduan.  Secara umumnya, setiap program perlu mempunyai sebelas penyataan PLO yang mengandungi kesemua sebelas domain hasil pembelajaran (LO). Lazimnya pencapaian PLO terhadap graduan bagi sesuatu program dinilai atau diukur sebaik sahaja pelajar bergraduan.

          Programme Learning Outcome (PLO) ditakrifkan sebagai satu set penyataan yang menerangkan hasil pembelajaran yang perlu dicapai oleh setiap pelajar setelah melengkapkan atau lulus semua kursus dalam kurikulum sesebuah program akademik. Pembentukan PLO adalah sangat penting sebagai dokumen asas untuk melaksanakan sesuatu program.  Semua PLO KV dibentuk mengikut sebelas hasil pembelajaran (LO) yang ditetapkan oleh KPM. Kesemua hasil pembelajaran ini juga disejajarkan dengan domain pembelajaran Taksonomi Bloom iaitu Kognitif (C), Psikomotor (P) dan Afektif (A).

          BPLTV telah menetapkan sebelas (11) PLO yang perlu bagi sesebuah program yang dilaksanakan di KV berdasarkan sebelas Hasil Pembelajaran KPM, iaitu di mana di akhir setiap program, pelajar KV akan dapat:

          1. Menjelaskan kefahaman secara sistematik berkaitan pengetahuan teori dan teknikal untuk melaksanakan pelbagai tugasan rutin dan bukan rutin dalam bidang Teknologi Maklumat. [LO1]
          2. Mengaplikasi pelbagai kemahiran praktikal, kaedah dan prosedur untuk melaksanakan tugasan dalam bidang Teknologi Maklumat [LO2]
          3. Menggunakan kemahiran mentafsir, mengaplikasi dan menilai serta menyelesaikan masalah spesifik berkaitan bidang Teknologi Maklumat. [LO3]
          4. Berkomunikasi secara lisan dan bertulis dengan jelas serta berkesan dalam menyampaikan idea, informasi dan menyelesaikan masalah kepada pelbagai audiens. [LO4]
          5. Berinteraksi dengan berkesan secara individu atau berpasukan dan berkhidmat kepada masyarakat. [LO5]
          6. Berinisiatif untuk kemajuan diri dalam aspek pembelajaran sepanjang hayat dan perkembangan kerjaya. [LO6]
          7. Menunjukkan kompetensi keusahawanan dalam bidang berkaitan. [LO7]
          8. Mematuhi etika profesional dan organisasi dalam persekitaran pekerjaan serta sosial. [LO8]
          9. Mempunyai kepimpinan, autonomi dan kebertanggungjawaban yang signifikan. [LO9]
          10. Menggunakan pelbagai aplikasi digital untuk menyokong aktiviti pembelajaran serta mencari dan memproses data. [LO10]
          11. Menginterpretasi data numerik dan grafik berkaitan bidang. [LO11]